Berkumpul di KLIA untuk perlepasan ke Almaty. Tiba di Almaty, peserta dibawa untuk lawatan bersiar-siar bandaraya Almaty dan Hard Rock Café. kemudian peserta dibawa melawat dan solat di Masjid Central.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa untuk membeli-belah di Green Bazar.
Kemudian, peserta dibawa merasai pengalaman menaiki kereta kabel di Mount Ak Bulak, melawat Ladang Kuda, Masjid Nurzhaw, dan melihat rekaan seni bina Stesen Almaty Metro.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke Lapangan Terbang Almaty untuk perlepasan ke Tashkent. Selepas tiba di Tashkent, dibawa untuk daftar masuk hotel.
Peserta dibawa melawat ke Independence Square, dan Amir Temur Monument Square.
Peserta kemudian dibawa untuk memebli-belah di Broadway Street dan Grand Opera.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta bertolak ke Samarkand dengan menaiki kereta api laju Afrosiab.
Peserta kemudian dibawa melawat ke Registan Square, Guri Emir Mausoleum (Makam Amir Temur dan Dinasti Temurid), melihat seni bina Kompleks Shakhi-Zinda, dan mengujungi National House of Ilkhom Aka.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melihat keajaiban astronomi Uzbekistan di Mirzo Ulugbek, melawat ke Kompleks Bersejarah Imam Bukhary, dan membeli-belah di Siab Bazar.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta bertolak ke Tashkent dengan menaiki kereta api laju Afrosiab. Peserta dibawa melawat ke Chimgan Mountains dan menaiki kereta kabel ke puncak gunung.
Selepas itu dibawa melawat ke Tasik Charvak sebelum membeli-belah di Chorsu Bazar.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Kompleks Khast Imam, menziarahi Madrasah Masjid Tilya Sheikh, Makam Abubakar Muhammad Kaffal Shashi, dan Institut Islam Imam Al-Bukhary.
Peserta kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk perlepasan ke Kuala Lumpur melalui Almaty.
Tiba di KLIA keesokan harinya.