Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Moscow melalui Istanbul. Setibanya di Lapangan Terbang Moscow, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi. Peserta dibawa melawat ke Moscow Kremlin, Spasskaya Tower, Ivan the Great Bell Tower, Tsar Cannon, Grand Kremlin Palace, Armory Chamber yang mempamerkan pelbagai koleksi Tsar-Tsar Russia seperti pakaian, persenjataan, barangan kemas dan juga kereta-kereta kuda rekaan mewah seperti kereta kuda Cinderella.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Sparrow Hills, bergambar di hadapan bangunan Moscow State University di mana pernah menjadi bangunan tertinggi di benua Eropah, melewati Victory Park yang dibina sebagai tanda kejayaan The Red Army, Memorial Mosque, dan Masjid Cathedral Moscow.
Kemudian peserta dibawa melawat sekitar Red Square yang menempatkan bangunan ikon St. Basil’s Cathedral, dan makam tokoh Russia Lenin’s Mausoleum.
Seterusnya peserta dibawa untuk membeli-belah di GUM Department Store yang terkenal dengan pelbagai barangan berjenama.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke stesen keretapi yang tertua di Moscow iaitu Leningradsky Railway Station untuk menaiki keretapi laju Sapsan menuju ke kota St. Petersburg.
Tiba di St. Petersburg, peserta dibawa melawat Peter & Paul Fortress, St.Isaac’s Cathedral & Colonnade, monumen Bronze Horseman & Thunder Stone, Church On Spilled Blood, dan membeli cenderahati di gerai sekeliling kawasan.
Kemudian melawat dan solat di Masjid St. Petersburg, dan melawat Muzium Hermitage.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Pushkin untuk melawat Istana Catherine yang dikelilingi oleh taman bunga yang luas. Bersolat di Masjid St. Petersburg sebelum dibawa ke St. Petersburg – Finlyandsky Station untuk menaiki kereta api laju Allegro menuju ke Helsinki.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Helsinki City Hall, Presidential Palace, Temppeliaukio (Rock) Church, Sibelius Park, Finlandia Hall, Senate Square, melewati Helsinki Cathedral, Government Palace, dan Sederholm House.
Kemudian peserta dibawa membeli-belah di Stockmann dan Forum Department Store. Bersolat di Helsinki Islam Keskus sebelum membeli barangan cenderamata di Market Square Kauppatori yang terletak berdekatan Esplanade Park.
Selepas itu peserta dibawa ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran Silja Line Cruise menuju ke Stockholm.
Makan malam buffet dan bermalam di dalam kapal.
Sarapan pagi di atas kapal. Setibanya di pelabuhan Stockholm, peserta dibawa melawat Istana Drottningholm, melewati Stadhuset (City Hall, Royal Palace, dan Riksdagshuset.
Seterusnya mengambil gambar di bangunan Muzium Nobel dan membeli-belah cenderamata di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat Stockholm Central Station untuk menaiki keretapi laju SJ Train menuju ke Oslo.
Tiba di Oslo, peserta dibawa melawat Oslo Opera House, Frogner (Vigeland Sculpture) Park, The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi.
Kemudian bergambar di Akershus Fortress, melawat Nobel Peace Center, dan Oslo Radhus (City Hall). Solat di Norway Islamic Cultural Centre.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Bygdoy. Peserta dibawa melawat ke Norsk Folke Museum, dan Viking Ship Museum. Solat di Norway Islamic Cultural Centre.
Kemudian dibawa ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran DFDS Ferry ke Copenhagen. Makan malam secara buffet dan bermalam di atas kapal
Sarapan pagi di atas kapal. Setibanya di Copenhagen, peserta dibawa melawat ke Kobenhavns Radhus (City Hall), bergambar di Istana Christiansborg, Istana Rosenborg, dan Tugu Little Mermaid.
Solat di Grand Mosque Copenhagen. Selepas itu peserta dibawa untuk membeli-belah di Stroget.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Aktivit bebas di Stroget. Solat di Grand Mosque Copenhagen sebelum peserta dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Doha.