fbpx
Home > Destination > Pakej Eropah 5 Negara + Gunung Rigi

Pakej Eropah 5 Negara + Gunung Rigi : 12 Hari 9 Malam

EROPAH
Day 1
HARI 1 : KUALA LUMPUR – MUSCAT – LONDON (MDK)

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan lewat malam ke London melalui Muscat, Oman. Singgah di Muscat selama lebih kurang dua jam sebelum penerbangan diteruskan ke London.

Day 2
HARI 2 : LONDON (MM)

Tiba awal pagi di London, anda akan dibawa membeli-belah di Bicester Village untuk membeli belah lebih dari 160 jenama antarabangsa terkemuka seperti Gucci, Dior, Coach and banyak lagi.

Peserta dibawa bersiar-siar melawat London Eye, Westminster Bridge dan Victoria Embankment untuk aktiviti bebas sebelum dibawa ke hotel untuk berehat dan makan malam.

Day 3
HARI 3 : LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM) (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan separuh hari di sekitar bandar London dimulakan dengan melawat Buckingham Palace, berjalan ke kawasan London City Hall dan akan turut melawat kawasan sekitarnya seperti Tower Bridge, jambatan menjadi ikon London dan Tower Of London, Westminster Abbey, House of Parliament, Trafalgar Square dan Downing Street, kediaman rasmi Perdana Menteri UK.

Setelah lawatan tamat, anda bebas untuk meneroka London di kawasan Oxford Street, sama ada mahu membeli belah di Primark atau di mana-mana kompleks membeli belah di situ, atau berehat di Hyde Park sebelum dibawa ke Harwich untuk menaiki Feri Stena Line, bermalam di dalam feri, merentasi English Channel menuju ke Amsterdam.

Day 4
HARI 4 : HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM) (SP/MM)

Sarapan pagi dalam feri, tiba di Hook of Holland dan terus ke Zaanse Schans. Peserta berpeluang bergambar dengan kincir angin yang menjadi simbol negara Belanda, melihat cara membuat keju dan terompah kayu.

Peserta kemudian akan dibawa ke Masjid Zaandam untuk solat sebelum dibawa melawat sekitar bandar Amsterdam seperti Royal Palace, National Monument yang terletak di Damrak Square, Gassan Diamond untuk mengetahui teknik menghasilkan barang kemas, dan merasai pengalaman menaiki Amsterdam Canal Cruise sebelum dibawa ke hotel untuk makan malam.

Day 5
HARI 5 : AMSTERDAM (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sepanjang hari. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti melawat Amsterdam Centraal Station, Red Light District, Anne Frank Museum, Rijksmuseum, Van Gogh Museum dan pelbagai tempat menarik lagi.

Day 6
HARI 6 : AMSTERDAM – BRUSSELS (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brussels. Tiba di Brussels, lawatan dimulakan dengan bergambar di Atomium.

Kemudian perjalanan diteruskan ke Brussels City Centre. Di sini, peserta dapat menikmati keindahan Grand Palace, melihat sendiri Mannekin Pis, menikmati pelbagai jenis coklat Belgium yang sangat terkenal di serata dunia dan waffle dengan pelbagai jenis toppings atau membeli cenderahati di Hard Rock Café. Aktiviti bebas sebelum dibawa ke hotel untuk berehat.

Day 7
HARI 7 : BRUSSELS – PARIS (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Paris. Sebaik tiba di Paris, peserta akan menikmati keindahan Paris melalui Paris River Cruise di Compagnie des Bateaux-Mouches. Peserta dibawa untuk solat di Grande Mosqee de Paris.

Selepas itu meneruskan perjalanan dengan melawat beberapa tempat seperti Notre-Dame Cathedral, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Place de la Concorde, Trocadero Square dan Avenue des Champs-Elysees. Saksikan sendiri kehalusan dan kekayaan seni ukiran yang banyak terdapat di sini. Di mana-mana sahaja anda berada, tempat itu pastinya Instagram-worthy.

Day 8
HARI 8 : PARIS (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan aturcara pada hari ini ialah melawat Eiffel Tower. Menara yang menjadi ikon Paris dan Perancis ini mula dibina pada tahun 1885 bertujuan untuk meraikan ulangtahun ke 100 Revolusi Perancis yang menumbangkan keluarga diraja.

Peserta dibawa untuk solat sebelum dibawa menghabiskan sesi petang ke pusat membeli belah paling terkenal di Paris, Galeries Lafayette. Setelah puas membeli belah, bertolak ke hotel.

Day 9
HARI 9 : PARIS – DIJON – BASEL/ZURICH (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan anda akan bertolak ke Dijon yang mengambil masa selama 4 jam. Setelah berehat dan solat Zohor, perjalanan kemudian diteruskan ke Basel, Switzerland. Peserta dibawa untuk makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Day 10
HARI 10: BASEL/ZURICH – LUCERN – MT RIGI (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Lucern. Peserta dibawa meneroka keindahan banjaran gunung Swiss dengan menaiki keretapi cogwheel Vitznau – Rigi Kulm yang bermula di sebelah dengan tasik Lucern untuk menikmati keindahan banjaran gunung Swiss.

Kembali ke Lucern untuk meluangkan masa membeli belah produk Swiss yang terkenal di seluruh dunia seperti coklat, pisau Swiss Army, jam tangan berjenama seperti Rolex, dan pelbagai lagi. Peserta boleh berehat di tebing tasik Lucern atau melawat Chapel Bridge, tempat yang menjadi mercu tanda Lucern.

Setelah selesai semua aktiviti, bertolak pulang ke Basel/Zurich dan makan malam.

Day 11
HARI 11 & 12 : ZURICH – MUSCAT – KUALA LUMPUR (SP/MDK)

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas pada waktu pagi. Selepas solat Zohor, peserta dibawa ke pusat bandar Lucerne untuk aktiviti bebas disebelah petang sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Makan malam dalam pesawat. Penerbangan akan melalui Muscat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

DEWASA

(BILIK BERDUA)

DEWASA

(BILIK SEORANG)

KANAK – KANAK

BERKATIL (4 – 12 TAHUN)

RM8,488RM9,560RM6,779

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi dan balik dengan Oman Air
  • Check in beg 30kg pergi dan balik dan 7kg hand carry
  • Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  • 1 malam di Stena Line Ferry dari UK ke Amsterdam
  • City tax di London, Paris, Brussels and Amsterdam
  • Tiket masuk : Amsterdam Canal Cruise, Paris River Cruise and Eiffel Tower (floor 2) dan cogwheel train Vitznau – Rigi Kulm
  • Makanan seperti di dalam aturcara
  • Pengangkutan seperti di dalam aturcara
  • Tipping untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Bas
  • Tour Leader yang mesra dan berpengalaman

Harga Tidak Termasuk

  • Insurans Perjalanan (Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut)
  • Perbelanjaan peribadi, seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, dobi, dll.
  • Visa bagi bukan warganegara Malaysia
  • Lain-lain servis yang tidak dinyatakan dalam aturcara

Apa itu Pakej Ground? Pakej Ground adalah pakej percutian yang tidak termasuk dengan harga tiket penerbangan. Tiket penerbangan akan diuruskan/dibeli oleh anda sendiri.

Tarikh percutian juga bergantung kepada tarikh anda sendiri. Kami akan uruskan tour dari hari pertama hingga hari terakhir tour anda.

WHATSAPP KAMI SEKARANG!

ATAU

Mesej kami segera

Dapatkan promosi pakej-pakej percutian menarik terus ke e-mel anda!