Berkumpul di KLIA untuk perlepasan ke Almaty. Tiba di Almaty, peserta dibawa untuk lawatan bersiar-siar bandaraya Almaty dan Hard Rock Café.
Kemudian peserta dibawa melawat dan solat di Masjid Central.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty untuk penerbangan ke Baku.
Tiba di Baku, peserta dibawa melawat ke menikmati pemandangan panorama bandar Baku di Memory Alley, istana lama Medieval Fortress, Inner City – Ichari Sarai, Maiden Tower, dan Kompleks Istana Shirvan Shah.
Kemudian, peserta dibawa membeli-belah di Markets Square.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Kompleks Yeddi Gumbez, sekitar Bandar Shemakha.
Bertolak ke Sheki untuk melawat Istana Khan’s dan Muzium Bersejarah Sheki.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta bertolak ke Lagodekhi; sempadan Azerbaijan – Georgia. Tiba di sempadan Georgia, peserta bertolak ke Sighnaghi dan bandar kecil Khakheti.
Kemudian, peserta dibawa melawat Bandar Sighnaghi dan Bobde Monastery. Meneruskan perjalanan ke Tblisi dan melawat Old Town: Metekhi.
Kemudian meneruskan perjalanan ke Abanotubani dan melawat Narikala Fortress yang turut dikenali sebagai Mother Fortress, Sharden Street yang terkenal dengan café, Bridge of Peace, dan Holy Trinity Cathedral.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta bertolak ke Ananuri. Di dalam perjalanan, peserta dibawa melawat ke Hydroelectric Power Station Zhinvali.
Meneruskan perjalanan ke Gudauri, melintasi 2,385 meter paras laut dan berhenti untuk mengambil gambar.
Tiba di Stepantsminda (Dahulu dikenali sebagai Kazbegi). Peserta akan dibawa ke Gergeti Holy Trinity Church dengan kenderaan 4x4.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Batumi. Peserta dibawa melawat Promotheus Cave yang terkenal dengan air terjun, stalagmite, dan tasik yang menakjubkan.
Lawatan diteruskan ke Batumi Visit Botanical Garden. Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Batum's Seaside Park, Alphabetic Tower, Chacha Tower, dan Medea Square.
Peserta kemudian dibawa ke sempadan Turki untuk ke Trabzon.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke lapangan terbang untuk perlepasan ke Istanbul.
Tiba di Istanbul, peeserta dibawa merasai pengalaman menaiki Bosphorus Cruise dan meihat kota pertahanan Rumelian Castle dan Galata Tower.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Topkapi Palace, bergambar di Haghia Sophia, Blue Mosque, dan Emirgan Park.
Kemudian peserta dibawa membeli-belah di Grand Bazaar dan melawat Masjid Ayyub Al Ansari.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke Lapangan Terbang Istanbul untuk perlepasan ke Kuala Lumpur melalui Almaty.