fbpx
Home > Destination > Pakej Balkan Jelajah 5 Negara

Pakej Balkan Jelajah 5 Negara : 10 Hari 7 Malam

BALKAN RM6288
Day 1
HARI 1 : KUALA LUMPUR - SKOPJE (MOB)

Peserta akan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan malam ke Skopje melalui Istanbul atau Doha.

Bermalam di Skopje.

Day 2
HARI 2 : SKOPJE - MACEDONIA (MT/MM)

Ketibaan di Lapangan Terbang Skopje dan bertemu dengan wakil kami yang akan mengiringi peserta sepanjang perjalanan.

Lawatan akan bermula dari Citadel di mana peserta mempunyai pemandangan panorama pusat bandar yang terbaik.

Seterusnya, peserta akan menuju ke Masjid Mustafa Pasha dari abad ke-15 dan memasuki Bazar Turki kedua terbesar di Balkan serta lokasi bersejarah seperti Lead Inn, Sulu Inn, Double Bath dan Kapan Inn.

Perjalanan diteruskan ke dataran di tengah bandar yang menempatkan Air Pancut Alexander yang terkenal.

Kemudian, peserta akan berjalan kaki melalui Jalan Macedonia ke stesen kereta api lama yang menyaksikan gempa bumi pada tahun 1963.

Bermalam di Macedonia.

Day 3
HARI 3 : SKOPJE - TETOVO - OHRID - MACEDONIA (SP/MT/MM))

Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa terus ke Ohrid. Dalam perjalanan, kita akan berhenti di Tetovo untuk melihat Masjid yang mempunyai unsur kesenian yang unik dari abad ke-15.

Lawatan sekitar Ohrid merangkumi Old Town, Old Plane Three, Masjid Ali Pasha dan masa lapang untuk membeli belah.

Optional tour: Pelayaran bot Ohrid pada EUR 15 seorang.

Bermalam di Macedonia.

Day 4
HARI 4 : OHRID - TIRANA - SHKODER (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, peserta bakal bergerak ke Tirana, Albania.

Lawatan dimulakan dengan bersiar-siar di bandar untuk menyaksikan tarikan utama seperti Dataran Skanderbeg, Patung Skanderbeg, Masjid Et'hem Bey dan Menara Jam.

Kemudian, perjalanan diteruskan ke Shkoder di mana peserta berpeluang untuk berjalan kaki ke bandar lama Skhoder, melawat masjid serta jalan yang dibina tradisional pada abad ke-20 yang mempunyai ciri seni bina yang tersendiri di tiga kawasan muzium dan Istana Rozafa.

Bermalam di Shkoder.

Day 5
HARI 5 : SHKODER - BUDVA & KOTOR - TREBINJE (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, peserta bakal bertolak ke bandar Budva iaitu sebuah bandar pelabuhan Mediterranean lama yang dikelilingi oleh kubu yang mengagumkan yang dibina oleh Republik Venice.

Lawatan dimulakan dengan bersiar-siar di sekitar bandar yang mempunyai pengaruh Venetia yang dominan dalam seni bina.

Kemudian peserta akan dibawa melawati Teluk Kotor yang merupakan salah satu bahagian terpencil di Laut Adriatik yang dipanggil fjord paling selatan di Eropah. Teluk Kotor adalah sebuah tapak keindahan alam semula jadi dan pusat budaya serantau yang dilindungi oleh UNESCO.

Perjalanan diteruskan ke Trebinje dan bermalam di Trebinje.

Day 6
HARI 6 : TREBINJE - DUBROVNIK - MOSTAR (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, peserta akan dibawa ke Dubrovnik (Croatia).

Lawatan utama akan merangkumi lokasi seperti Old Town Dubrovnik - City Walls, sebuah ikon terkenal dengan keindahan batu putih yang murupakan sebab utama mengapa Dubrovnik kini dikenali sebagai Pearl of the Adriatic.

Kemudian, peserta akan dibawa bersiar-siar melalui bandar yang meriah ini dan menikmati mercu tanda seperti Onofrio Fountain, Habor, Rektor's Palace, Gothic dan Istana Renaissance dengan ciri-ciri Baroque.

Seterusnya peserta akan dibawa ke Mostar, sebuah bandar yang mempunyai sejarah menarik, seni bina yang indah dan persekitaran semulajadi di lembah di tebing sungai Neretva.

Peserta akan melawati Old Bridge (warisan dunia UNESCO), Masjid Bey, Bazaar Oriental dan Turkish House.

Bermalam di Mostar.

Day 7
HARI 7 : MOSTAR - KRAVICE - SARAJEVO (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Kravica Waterfall.

Lawatan diteruskan ke Vrelo Bosne Natural Park yang merupakan sebuah taman yang popular dengan keindahan semulajadi.

Setibanya di Sarajevo, peserta akan melawat Bascarsija Old Town, Latin Bridge, Morica Han dan Vijecnica.

Bermalam di Sarajevo.

Day 8
HARI 8 : SARAJEVO - ZAGREB (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, peserta bakal melawat ke Muzium Terowong. Ia dibina antara bulan Mac dan Jun 1993 semasa bandar Sarajevo dikepung semasa pernag Bosnia.

Selepas makan tengahari, peserta akan dibawa ke Zagreb. Bermalam di Zagreb.

Day 9
HARI 9 & 10 : ZAGREB - KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, peserta meneruskan lawatan bandar Zagreb untuk melawat Bazaar Dolac, Gereja St Mark, Menara Lotrscak, Cemetri Taman Mirogoj, Ban Jelacic Square dan Muzium Geo-History.

Peserta kemudian mempunyai masa untuk membeli belah sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Zagreb untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi dan pulang Turkish Airlines atau Qatar Airways.
  • Cukai lapangan terbang,
  • Penginapan htel bertaraf 4 bintang atau setaraf.
  • Muatan bagasi 30 kg untuk penerbangan pergi dan pulang.
  • Makanan di dalam pesawat.
  • Sarapan pagi continental
  • Makanan halal untuk makanan tengahari dan makan malam.
  • Pengangkutan seperti di dalam aturcara.
  • Tour leader & Tour Guide
  • Beg kembara
  • Bayaran tips untuk pemandu dan pemandu pelancong.

Harga Tidak Termasuk

  • Insurans Perjalanan (Sila hubungi pejabat kami untuk maklumat lanjut).
  • Perbelanjaan peribadi seperti bar mini, dobi, bil telefon.
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • Bagasi lebih had.
  • Visa bagi bukan warganegara.
  • Surcaj penerbangan RM500 bagi perlepasan Disember.
  • Optional tour: Pelayaran kapal Ohrid pada EUR 15 seorang.

  1. Air terjun di Balkan.
  2. Jambatan Mostar di Bosnia
  3. Tugu Simbol Cinta Sejati di Montenegro.
  4. Onofrio Fountain, Bukan Sebarang Air Pancut
  5. Keindahan Bandar Dubrovnik yang Memukau

Apa itu Pakej Ground? Pakej Ground adalah pakej percutian yang tidak termasuk dengan harga tiket penerbangan. Tiket penerbangan akan diuruskan/dibeli oleh anda sendiri. Kami akan uruskan tour dari hari pertama hingga hari terakhir tour anda.

WHATSAPP KAMI SEKARANG!

ATAU

Mesej kami segera

Dapatkan promosi pakej-pakej percutian menarik terus ke e-mel anda!