Berkumpul di KLIA untuk perlepasan ke Bishkek melalui Almaty. Tiba di Bishkek, peserta dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke Victory Square, Central Square Ala-Too, Duboviy (Oak) Park, Pejabat Presiden, Teater Philharmonic.
Kemudian, peserta dibawa membeli-belah di bazar terbesar Bishkek, Osh Bazaar.
Meneruskan perjalanan untuk lawatan ke Taman Negara Ala-Archa Gorge.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Burana Tower dan kemudian peserta dibawa ke Kok Boru dimana peserta berpeluang mencuba permainan tradisi masyarakat Kyrgyzs.
Seterusnya peserta dibawa ke Tasik Issyk-Kul dan menaiki cruise untuk melihat pemandangan sekitar tasik.
Selepas makan malam, daftar masuk resort dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta bertolak ke Jeti Oguz Gorge.
Peserta dibawa melawat ke Wooden Ortohodox Church (sebuah gereja lama daripada kayu), Masjid Dungan (rekabentuk arkitek China tanpa menggunakan paku), dan Sevel Bulls yang turut dikenali sebagai Broken Heart Mountain.
Selepas makan malam, kembali ke resort dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa merasai pengalaman memetik dan merasai buah segar di Ladang Epal.
Kemudian peserta dibawa melawat Kemin Gorge sebelum bertolak ke Bishkek.
Tiba di Bishkek, peserta dibawa bersar-siar sekitar bandar Bishkek dengan menaiki limosin mewah (Tema Pakaian: Baju Melayu dan Baju Kurung).
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa ke Lapangan Terbang Manas untuk penerbangan ke Almaty.
Setibanya di Almaty, peserta dibawa menaiki kereta kabel untuk ke Pergunungan Shymbulak.
Selepas itu peserta dibawa melawat ke Hard Rock Café.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat ke Big Almaty Lake, menaiki kereta kabel ke Kok Tobe, dan membeli-belah di Green Bazaar.
Selepas makan malam, peserta dibawa ke Lapangan Terbang Manas untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
Tiba di KLIA keesokan harinya.