Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Mauritius. Setibanya di Lapangan Terbang Mauritius, peserta dibawa untuk daftar masuk hotel, makan malam dan berehat.
Sarapan pagi. Peserta dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Johannesburg yang merupakan kota terbesar di Afrika.
Setibanya di sana, speserta dibawa untuk solat di Masjid Nizamiye Turkish. Seterusnya peserta dibawa melawat ke Lesedi Cultural Village.
Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Port Elizabeth.
Setibanya di sana, peserta dibawa untuk solat di Masjid Rudolf Street sebelum meneruskan perjalanan ke George.
Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. bertolak ke Oudtshoorn. Peserta akan dibawa ke Safari Ostrich Farm yang merupakan tempat pembiakan burung unta terbesar di dunia.
Seterusnya peserta akan dibawa melawat Cango Cave. Solat di Masjid Jami Oudtshoorn.
Kemudian peserta dibawa ke Garden Route Game Lodge bagi merasai pengalaman Game Drive yang cukup menakjubkan, mendekati haiwan liar serta menerokai hutan belantara Afrika dengan menaiki kenderaan safari. Daftar masuk dan makan malam di lodge
Sarapan pagi di hotel. peserta dibawa sekali lagi ke Game Drive bagi merasai pengalaman mendekati haiwan liar yang sangat aktif pada awal pagi.
Bertolak ke Hermanus. Peserta berpeluang untuk melihat ikan paus yang bebas berenang di Lautan Atlantik. Solat di Ismail and Miriam Ebrahim Islamic Centre. Sambung perjalanan ke Capetown.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa menaiki kereta kabel ke puncak Table Mountain bagi menikmati panorama indah kota tepi laut ini, melawat kawasan Cape Malay Quarter yang kini dikenali dengan nama Bo-Kaap, dan melawat Muzium Bo-Kaap. Solat di Masjid Auwal.
Kemudian peserta dibawa untuk membeli-belah di Victoria & Alfred Waterfront. Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi. Peserta dibawa melawat sekitar Cape Peninsular. Sepanjang perjalanan merentasi Sea Point, Clifton Beach dan Llandudno ini, peserta dapat menikmati pemandangan indah jajaran pergunungan yang dipanggil Twelve Apostles dan bergambar di Camps Bay, Chapman’s Peak Drive, Boulders Beach.
Solat di Masjid Simonstown. Meneruskan perjalanan ke sebelum dibawa menuju ke Cape Point atau lebih dikenali sebagai Cape of Good Hope dengan menaiki Flying Dutchman Funicular Tram menuju ke Cape Point Lighthouse.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa melawat Kirstenbosch Botanical Garden dan boleh merentasi taman ini dengan melalui Boomslang Tree Canopy Walkway.
Solat di Masjid Jami Bo-Kaap. Kemudian dibawa untuk bersiar-siar sambil membeli-belah di Canal Walk Shopping sebelum bertolak menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Mauritius.
Tiba di Mauritius. Peserta dibawa daftar masuk hotel. Sarapan pagi dan makan tengahari di hotel.
Kemudian peserta dibawa melawat Chamarel Waterfall, Seven Coloured Earth, dan Alexandra Falls View Point bagi mengambil gambar pemandangan panorama indah Mauritius.
Peserta dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.