3 jam sebelum waktu berlepas, berkumpul di Balai Berlepas KLIA, Tingkat 5 untuk tujuan daftar masuk penerbangan.
Tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta. Ketibaan disambut pemandu pelancong di Jakarta.
Seterusnya, bertolak ke Kota Bandung dengan menaiki bas persiaran.
Perjalanan melalui Cipularang Highway dan perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam (bergantung keadaan trafik).
Bersiar-siar menaiki bas di sekitar Bandung.
Singgah membeli-belah di Factory Outlet Jalan Riau, D’Fashion Textile Centre / Kain Sulam dan TOKO 3.
Daftar masuk hotel dan berehat.
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Lembang yang terletak di bahagian utara Bandung.
Melawat Farmhouse, taman rekreasi yang berkonsepkan Eropah.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Pasar Terapung Bandung. Terdapat banyak makanan tempatan dijual di sini.
Kemudian bertolak semula ke Kota Bandung. Sambung membeli-belah di Factory Outlet Rumah Mode.
Pulang ke hotel dan berehat.
Selepas sarapan pagi, bersiap untuk daftar keluar hotel.
Singgah di Kartika Sari untuk membeli makanan tempatan seperti Kek Lapis, Brownies, Pisang Salai dan sebagainya.
Seterusnya, membeli-belah di Pasar Baru untuk membeli kain sulam, telekung, kain pasang, batik dan pelbagai pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak.
Bertolak ke Jakarta dengan bas persiaran melalui Cipularang Highway.
Daftar masuk hotel di Jakarta dan berehat.
Selepas sarapan pagi, bersiap untuk daftar keluar hotel.
Bersiar-siar di sekitar Jakarta menaiki bas persiaran.
Membeli-belah di Mangga Dua untuk membeli bagasi, beg tangan dan pelbagai pilihan pakaian.
Peserta dibawa je lapangan terbang untuk perlepasan ke Kuala Lumpur.