fbpx
Home > Destination > Pakej Rusia + Scandinavia (April 2020)

Pakej Rusia + Scandinavia (April 2020) : 11 Hari 14 Malam

4
Day 1
HARI 1 : KUALA LUMPUR – MOSCOW (MOB/MT/MM)

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Moscow melalui Doha.

Setibanya di Lapangan Terbang Moscow, peserta akan di bawa melawat ke Moscow Kremlin yang merupakan kompleks kota pemerintahan kerajaan Rusia berusia ratusan tahun sejak 1482 yang masih aktif sehingga kini di era Presiden Vladimir Putin.

Peserta akan dibawa melawat binaan-binaan yang penting seperti:

- Menara pintu masuk Spasskaya Tower yang dibina pada tahun 1491 setinggi 71 meter

- Ivan the Great Bell Tower setinggi 81 meter yang sepatutnya menempatkan loceng tembaga gergasi Tsar Bell seberat 202kg namun gagal kerana terlampau berat

- Tsar Cannon yang merupakan sebuah meriam gergasi

- Grand Kremlin Palace yang merupakan kediaman rasmi Presiden Russia dan banyak lagi tarikan lain.

Di dalam gedung Armoury Chamber yang mempamerkan pelbagai koleksi Tsar-Tsar Rusia seperti pakaian, persenjataan, barangan kemas dan juga kereta-kereta kuda rekaan mewah tak ubah seperti kereta kuda dinaiki Cinderella.

Makan malam dan daftar masuk hotel.

Day 2
HARI 2 : MOSCOW (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel.

Peserta akan di bawa melawat tarikan di sekitar bandar Moscow. Antaranya ialah Sparrow Hills di mana selain tetamu berpeluang mengambil gambar panorama kota ini yang cukup indah dari atas bukit, tetamu juga boleh berfoto di hadapan bangunan Moscow State University di mana pernah menjadi bangunan tertinggi di benua Eropah. Seterusnya tetamu dibawa melewati Victory Park yang dibina sebagai tanda kejayaan The Red Army menewaskan tentera Nazi dan dibina di dalam taman ini setiap jenis rumah ibadat utama termasuklah sebuah masjid bernama Memorial Mosque sebagai tanda terima kasih kepada tentera mereka yang beragama Islam.

Peserta kemudian di bawa melawat dan menunaikan solat di salah sebuah masjid yang terbesar di Eropah iaitu Moscow Cathedral Mosque yang cukup indah hasil binaannya di atas tapak asal masjid sejak tahun 1904 lagi dan telah dirasmikan oleh Presiden Rusia, Turki dan Palestin pada tahun 2015.

Peserta seterusnya akan dibawa melawat sekitar Red Square yang menempatkan bangunan ikon bandaraya ini iaitu St. Basil’s Cathedral yang sungguh indah binaannya berwarna-warni, disamping makam tokoh Russia Lenin’s Mausoleum dan juga membeli-belah di GUM Department Store yang terkenal dengan pelbagai barangan berjenama.

Makan malam dan kembali ke hotel.

Day 3
HARI 3 : MOSCOW – ST. PETERSBURG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Peserta di bawa ke stesen keretapi yang tertua di Moscow iaitu Leningradsky Railway Station untuk menaiki keretapi laju Sapsan menuju ke bandar St. Petersburg yang pernah menjadi ibu negara Rusia sebelum Moscow.

Setibanya di St. Petersburg, peserta di bawa melawat tarikan yang terdapat di sekitar seperti Peter & Paul Fortress yang pernah menjadi penjara politik dan juga pemakaman Empayar Romanov dibina pada tahun 1703, St. Isaac’s Cathedral & Colonnade yang cukup mengagumkan dibina pada tahun 1858 dengan berkubah salut emas, monumen Bronze Horseman & Thunder Stone yang simbolik kepada lagenda Peter The Great dan juga Church On Spilled Blood yang sangat unik binaannya di samping berpeluang membeli cenderamata di gerai-gerai sekelilingnya. Bersolat di St. Petersburg Mosque yang dibina pada tahun 1910 lagi.

Kemudian, peserta di bawa melawat ke muzium yang terbesar di dunia, Hermitage Museum yang dahulunya merupakan istana musim sejuk diraja; yang kini menyimpan pelbagai artifak bersejarah termasuklah karpet buatan tangan orang Parsi yang berusia 2,500 tahun.

Makan malam dan daftar masuk hotel.

Day 4
HARI 4 : ST. PETERSBURG – PUSHKIN – HELSINKI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Peserta di bawa ke Pushkin untuk melawat sebuah istana yang cukup indah seni binaan dan rekaan dalamnya yang serba mewah, Catherine Palace. Peserta dapat melihat keindahan Amber Room. Istana ini juga dikelilingi oleh taman bunga yang cukup luas dan foto kenangan di sini amatlah bermakna.

kemudian peserta di bawa untuk melawat dan menunaikan solat di Masjid St. Petersburg sebelum bergerak menuju ke St. Petersburg – Finlyandsky Station untuk menaiki keretapi laju Allegro menuju ke bandar Helsinki di negara Finland.

Setibanya Helsinki, peserta di bawa untuk makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Day 5
HARI 5 : HELSINKI – STOCKHOLM (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Peserta memulakan lawatan panorama sekitar bandar Helsinki untuk melawat tarikan seperti Helsinki City Hall yang dibina pada tahun 1833 mulanya sebagai Hotel Seurahuone, Presidential Palace yang menjadi kediaman rasmi presiden Republik Finland, Temppeliaukio (Rock) Church yang sungguh unik seakan-akan sebuah dewan konsert, Sibelius Park yang menempatkan ukiran tersohor kota ini iaitu Sibelius Monument yang dibuat dari 600 batang besi paip, Finlandia Hall yang banyak menyaksikan acara-acara penting dijalankan di sini dan juga Senate Square yang terletak di kawasan paling tua di bandar ini dengan dikelilingi oleh banyak bangunan bersejarah seperti Helsinki Cathedral, Government Palace, Sederholm House, dan Market Square Kauppatori di Esplanade Park.

Kemudian peserta di bawa untuk membeli-belah di Stockmann dan Forum Department Store yang menawarkan pelbagai pilihan barangan kelengkapan dan peribadi.

Peserta di bawa melawat dan menunaikan solat di Helsinki Islam Keskus.

Peserta di bawa ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran Silja Line Cruise menuju ke ibu negara Sweden, Stockholm.

Makan malam buffet dan bermalam di dalam kapal.

Day 6
HARI 6 : STOCKHOLM (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di dalam kapal persiaran.

Setibanya di pelabuhan Stockholm, peserta di bawa ke Drottningholm Castle untuk mengambil gambar sekitar kawasan istana kediaman diraja Sweden pada musim panas yang dibina pada kurun ke-17 ini.

Seterusnya peserta di bawa melihat kawasan luar Stadhuset (City Hall) yang popular sebagai lokasi makan malam tetamu kehormat Nobel Prize selepas acara penyerahan anugerah tersebut, Royal Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja sejak tahun 1760 lagi dan bangunan di sebelahnya iaitu Riksdagshuset yang cukup gah binaannya sebagai tempat parlimen bersidang.

Kemudian peserta mengambil gambar di bangunan Nobel Museum yang menempatkan pelbagai galeri mereka yang pernah dianugerahkan dengan hadiah kehormat ini.

Peserta berpeluang membeli-belah cenderamata di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm.

Makan malam dan daftar masuk hotel.

Day 7
HARI 7 : STOCKHOLM – OSLO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Peserta di bawa ke Stockholm Central Station selepas sarapan pagi untuk menaiki keretapi laju SJ Train menuju ke ibu kota Norway, Oslo.

Setibanya di sana, peserta di bawa melawat tarikan utama seperti Oslo Opera House yang unik binaannya seakan-akan terapung di permukaan air, Frogner (Vigeland Sculpture) Park yang cukup luas amat terkenal dengan monumen-monumen terkenal di sekitarnya seperti The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi, berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya ialah kubu pertahanan kota ini, Nobel Peace Center yang menyimpan cerita penerima-penerima anugerah Nobel sebelum ini dan akhirnya ke Oslo Radhus (City Hall) yang mempumyai senibina yang unik dengan menara berkembar setinggi 66 meter.

Peserta juga boleh mendapatkan cenderamata di sekitar kawasan ini sebelum menuju ke Norway Islamic Cultural Centre untuk bersolat.

Makan malam dan daftar masuk hotel.

Day 8
HARI 8 : OSLO – BYGDOY – COPENHAGEN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Peserta di bawa menuju ke Bygdoy. Peserta dapat merasai budaya kehidupan masyarakat Norway sejak dari kurun ke-13 di Norsk Folkemuseum yang dibuka sejak dari tahun 1894 lagi. Kawasan yang dipanggil sebagai open-air museum menempatkan lebih 150 jenis bentuk bangunan yang pernah wujud di seluruh Norway yang dipindah masuk ke muzium ini.

Seterusnya peserta di bawa melihat sendiri kapal asli dan kelengkapan lain yang pernah digunakan pada zaman Viking di Viking Ship Museum. Hanya model kapal Viking di muzium ini sahaja yang mempunyai struktur lengkap berbanding dengan muzium-muzium lain di seluruh Scandinavia.

Peserta akan diberi masa bebas untuk bergambar di Bygdoy Peninsula yang menempatkan monumen 5 orang peneroka benua Artik yang menggunakan kapal bernama Fram dan rumah api unik yang didedikasikan Greenpeace bagi seruan menjaga kebersihan lautan. Bersolat di Norway Islamic Cultural Centre sebelum menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran DFDS Ferry menuju ke ibu negara Denmark, Copenhagen.

Makan malam secara buffet dan bermalam di atas kapal.

Day 9
HARI 9 : COPENGHAGEN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di dalam kapal.

Setibanya di Copenhagen, peserta di bawa melawat sekitar Kobenhavns Radhus (City Hall) yang dibina pada tahun 1905 dengan sebuah menara jam terletak di tengah-tengah City Hall Square, bergambar di Christiansborg Palace yang merupakan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Denmark sejak tahun 1928, Rosenborg Castle yang dahulunya merupakan istana rasmi diraja Denmark dibina pada tahun 1624 dan Little Mermaid Statue yang cukup terkenal sebagai simbolik kepada mitos kewujudan duyung di sini.

Kemudian peserta di bawa melawat dan menunaikan solat di Grand Mosque Copenhagen.

Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.

Day 10
HARI 10 & 11 : COPENHAGEN – KUALA LUMPUR (SP/MOB)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Peserta di bawa ke kawasan Stroget dan diberi masa bebas untuk membeli-belah di sekitar kawasan ini.

Kemudian peserta di bawa menunaikan solat di Grand Mosque Copenhagen sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BILIK BERDUABILIK SEORANGKANAK – KANAK
RM12,688RM14,288RM11,888

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan Qatar Airways pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Check-in Bagasi 30 kg dan Bagasi Kabin 7kg.
  • Hotel penginapan bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan.
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Kremlin, Armoury Chamber, Hermitage Museum, Catherine Palace, Norsk Folkemuseum dan Viking Ship Museum.
  • Pengangkutan kapal persiaran Silja Line Cruise dan DFDS Ferry.
  • Pengangkutan keretapi laju kelas ekonomi Sapsan, Allegro dan SJ Train.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional.
  • Urusan Visa ke Rusia

Harga Tidak Termasuk

  • Levy Tax (RM20/seorang)
  • Insurans Perjalanan
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Apa itu Pakej Ground? Pakej Ground adalah pakej percutian yang tidak termasuk dengan harga tiket penerbangan. Tiket penerbangan akan diuruskan/dibeli oleh anda sendiri. Kami akan uruskan tour dari hari pertama hingga hari terakhir tour anda.

WHATSAPP KAMI SEKARANG!

ATAU

Mesej kami segera

Dapatkan promosi pakej-pakej percutian menarik terus ke e-mel anda!