fbpx
Home > Kenali V-Reka Travel

V-Reka Travel & Tours Sdn Bhd ialah sebuah syarikat pelancongan sendirian berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra dengan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia (No lesen KPK/LN:5915).

Kami merupakan ahli MATTA (Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia) dan juga BUMITRA MALAYSIA (Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia) yang aktif dan berurus niaga dengan semua syarikat penerbangan utama di dunia.

Kami telah beroperasi selama lebih 10 tahun dan berpengalaman dalam semua aspek perjalanan dan lawatan pelancongan. Perniagaan teras kami adalah percutian ke luar negara (outbound), percutian insentif, percutian dalam negara (inbound) & penjualan tiket (ticketing).

Logo rasmi V-Reka Travel & Tours.

V-Reka Travel & Tours memastikan pelanggan kami diberi layanan yang terbaik. Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memberi komitmen penuh supaya para pelanggan kami berpuas hati, sama ada sebagai Traveler Inclusive Group (GIT) atau Free Independent Travellers (FIT). Selain daripada perniagaan teras kami, kami juga berpengalaman luas dalam menangani acara: 

  • MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran)
  • Umrah
  • Lawatan Hari Keluarga
  • Lawatan Pendidikan Pelajar
  • Program Outreach Global oleh Universiti
  • Kem Pasukan & Motivasi
  • Tempahan hotel
  • Lawatan Persendirian
  • Pakej Khas Bulan Madu
  • Pengangkutan / Pemindahan Lapangan Terbang / Pemindahan Bandar

Objektif kami adalah untuk membina hubungan jangka panjang dengan para peserta, pengendali hotel & pengangkutan, syarikat-syarikat penerbangan dan juga pembekal perkhidmatan yang lain agar mutu perlancongan dapat dipertingkatkan.