Pemilihan beg yang sesuai amatlah penting dalam merancang trip dan perjalanan kita. Kalau setakat balik kampung menaiki kereta, mungkin tak jadi masalah sangat. Tetapi bila kita travel lebih jauh dan gunakan pelbagai jenis pengangkutan, barulah terasa kalau kita tersalah pilih beg. Ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan beg seperti saiz, jenis ‘material’, ciri keselamatan dan juga jenis beg itu sendiri. Dalam artikel kali ini, kami ada beberapa infografik untuk memudahkan pemilihan beg anda seterusnya. 🙂