fbpx
Home > FAQ

Q: Saya bersedia untuk menempah, apa yang saya perlu buat?

A: Hubungi kami di +6038928 9168 atau e-mel kami di [email protected] dengan butiran berikut:

  1. Nama penumpang penuh mengikut pasport atau Id yang dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan.
  2. Tarikh yang anda ingin tuju (beritahu kami jika anda mempunyai kelonggaran) dan berapa lama anda mahu berada di sana.
  3. Nombor telefon.


Q: Adakah saya perlu bayar sepenuhnya?

A: Ini bergantung. Sesetengah ‘tawaran istimewa’ memerlukan bayaran yang perlu dibuat pada masa tempahan. Beberapa tambang lain boleh dibayar beberapa hari selepas tempahan dilakukan.

Tips – Bayar awal supaya kamiĀ  dapat mengeluarkan tiket awal dan anda mengelakkan kenaikan tambang.

Q: Bagaimana saya boleh bayar?

A: Dengan Tunai, Kad Kredit, Kad Debit dan perbankan dalam talian.

Q: Adakah syarikat penerbangan membenarkan perubahan nama pada tiket penerbangan?

A: Perubahan nama tidak dibenarkan dalam sebarang keadaan. Setelah tiket dikeluarkan nama tidak boleh diubah.

Q: Jenis dokumen apa yang diperlukan untuk perjalanan?

A: Untuk penerbangan domestik, MyKad diperlukan. Untuk penerbangan antarabangsa pula, visa dan pasport diperlukan. Sebaiknya anda pastikan terlebih dahulu sekiranya visa diperlukan untuk negara yang ingin dilawati. Peraturan visa juga berubah mengikut passport yang dimiliki. Sebagai contoh, pemilik passport Malaysia mungkin tidak memerlukan visa untuk ke Turki tetapi pemilik passport Myanmar perlu memohon terlebih dahulu.

Q: Bolehkah saya pergi dengan tiket sehala ke mana-mana negara?

A: Jika anda bukan warganegara negara yang ingin dituju itu, kebiasaannya anda tidak boleh pergi dengan tiket sehala. Pihak berkuasa negara yang ingin dituju selalunya meminta bukti tiket penerbangan pulang daripada anda.


Q: Perlukah saya membayar cukai berlepas pada penerbangan antarabangsa?

A: Ya. Kebanyakan negara mengenakan cukai berlepas di lapangan terbang pada hari anda pulang dan ia perlu dibayar secara tunai.

Q: Berapa berat barang yang dibenarkan untuk saya bawa ke dalam kapal terbang?

A: Kebanyakan syarikat penerbangan membolehkan anda membawa 2 buah beg dan setiap beg tidak boleh lebih berat daripada 20KG. Peraturan lebih lanjut perlu dirujuk daripada syarikat penerbangan itu sendiri.

Q: Bolehkah saya membawa bagasi tambahan?

A: Ya, anda boleh. Syarikat penerbangan akan mengenakan bayaran tambahan untuk setiap bagasi yang anda bawa. Kelengkapan tambahan juga boleh dibenarkan oleh syarikat penerbangan pada kos tambahan.