fbpx
Home > Blog > Itali > Adab Ketika Bercuti di Itali.

Adab Ketika Bercuti di Itali.

Setiap negara mesti ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh buat di tempat mereka, termasuk juga negara ITALI 🇮🇹…

Posted by V-REKA Travel & Tours on Sunday, May 5, 2019

Setiap negara mesti ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh buat di tempat mereka, termasuk juga negara ITALI 🇮🇹 yang tidak putus dengan pelancong yang datang. .
.
Sebelum kita pergi travel ke ITALI 🇮🇹, ini beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh buat ketika di sana. Antaranya :-
.

.
1. Pakai pakaian yang sopan dan kemas. Seperti di mana-mana negara, pemakaian seseorang menentukan siapa kita. Orang Itali sangat mementingkan pemakaian, oleh itu mereka akan tahu jika anda orang tempatan atau pelancong melalui pemakaian anda sahaja. Jadi jangan sesekali ya pakai selipar di sana.
.
2. Jaga barang-barang berharga ketika di tempat awam. Pencuri sentiasa ada di mana-mana sahaja. Jika anda membawa barang berharga, sila ambil perhatian lebih dan menyimpan di dalam poket atau di dalam beg yang berzip.
.
3. Sentiasa bawa duit cash bersama anda kerana tidak semua kedai terima transaksi melalui credit card.
.
4. Yang paling penting sekali, belajar dan bertutur bahasa Itali walaupun hanya ayat-ayat basic. Orang Itali suka jika pelacong bercakap dalam bahasa mereka. Mereka mungkin akan balas dalam bahasa English tapi kadang kala mereka akan balas dalam bahasa Itali juga.
.
5. Bercakap dengan suara yang perlahan jika berada di muzium atau gereja dan pastikan phone anda berada dalam mood silent untuk tidak menganggu orang lain.
.

.
1. Jangan bercakap “Ciao” kepada orang yang pertama kali jumpa atau strangers kerana di Itali,”Ciao” hanya ditujukan kepada kenalan dan kawan-kawan. Gunakan “Buon Giorno” (selamat pagi) atau “Buona Sera” (selamat tengahari/petang).
.
2. Jangan lupa untuk melihat dua-dua arah ketika ingin melintas kerana pemandu di Itali tidak akan berhenti atau menunggu pejalan kaki untuk melintas jalan jika mereka menunggu di lintasan jalan. Pastikan jalan clear sebelum melintas jalan. Cara paling mudah ialah pastikan anda buat eye contact dengan pemandu sebelum nak melintas.

Dapatkan pakej ke Itali di sini.

#VrekaTravelandTours#VrekaTravel#VItali#Itali#Italy#Travel#VisitItaly#MuslimPackage#PakejMuslim

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *