Text Size

Pakej Umrah "Taqwa & Tawadduq"

PDFPrintE-mail

HARGA PAKEJ

BILIK BEREMPAT

BILIK BERTIGA

BILIK BERDUA

DEWASA

RM5478.00

RM5628.00

RM5858.00

KANAK KANAK (2-11 TAHUN)

(Berkatil RM4658.00)

 

 

PAKEJ UMRAH “TAQWA DAN TAWADDUQ”

12 HARI /10 MALAM PENERBANGAN QATAR AIRLINES

 

HARI 1 KUALA LUMPUR – DOHA – JEDDAH - MEDINAH

Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Doha, Qatar, setibanya disana, peserta akan transit sebentar di airport sebelum menyambung penerbangan ke Jeddah. Tiba di Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil kami disana, rehat sebentar sebelum menyambung perjalalanan menuju ke kota Medinah Al Munawarah. Tiba di Medinah, check in ke hotel, bebas melakukan ibadah di Masjid Al Nabawi.

HARI 2 MEDINAH

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa oleh mutawwif kami untuk ziarah dalam di sekitar Masjid Al Nabawi. Antaranya ke Makam Rasulullah SAW, Raudhah,dan ke Perkuburan Baqi, jemaah akan diberikan penerangan lengkap berkenaan tempat tempat penting ini oleh mutawwif kami disana. Selesai ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi, peserta amat digalakkan agar memperbanyakkan menziarahi makam Rasulullah SAW dan ke Raudhah.

 

HARI 3 ZIARAH KOTA MEDINAH

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat tempat bersejarah di kota Medinah, antaranya ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khomsah, Kilang Percetakan Al Quran, dan akhir sekali ke bazaar kurma. Selesai ziarah, bebas beribadah di Masjid Al Nabawi.

 

HARI 4 MEDINAH – MAKKAH

Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di kota Medinah, jemaah diminta melakukan ziarah wida di Makam Rasullullah SAW sebelum berangkat ke kota Makkah, Selepas solat zuhur, peserta diminta menukar kepada pakaian ihram untuk berniat ihram/umrah di Bir Ali. Jemaah akan dipastikan berniat ihram/umrah disini oleh mutawwif kami disana. Bertolak ke Makkah. Setibanya di Makkah, check ini ke hotel. Makan malam dan berehat sebentar sebelum jemaah dibawa untuk menunaikan umrah, jemaah akan dibantu oleh mutawwif kami yang berpengalaman untuk menyelesaikan kerja kerja umrah seperti tawaf, saie dan tahallul. Selesai umrah, jemaah kembali ke hotel. Berehat.

HARI 5/6 MAKKAH

Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.

 

HARI 7 ZIARAH MAKKAH

Selepas sarapan, hari ini jemaah akan dibawa untuk ziarah kota Makkah, antara tempat yang akan dilawati ialah Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan ke Jabal Nur. Bagi jemaah yang ingin melakukan umrah, bas akan singgah di Jaronah untuk berniat ihram/umrah, kembali ke Makkah, bagi jemaah yang berihram akan dibantu oleh mutawwif kami untuk menyelesaikan ibadah umrah.

 

HARI 8 MAKKAH

Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.

 

HARI 09 MAKKAH

Hari ini jemaah akan berpeluang untuk menyertai satu lagi lawatan tambahan di Makkah. Jemaah akan dibawa ke ladang unta untuk merasai keenakan susu unta dan sekiranya mendapat keizinan dari pihak muassasah, jemaah akan berpeluang melawat ke Muzium Makkah yang tersimpan pelbagai khazanah Masjidil Haram yang asal, antaranya Kelambu Kaabah dan pelbagai artifek di dalamnya. Bagi yang ingin mengulangi umrah, bas akan berhenti di Hudaibiah untuk berniat umrah/ihram.

 

HARI 10 MAKKAH

Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.

 

HARI 11/12 MAKKAH – JEDDAH – DOHA – KUALA LUMPUR

Sebelum bertolak ke Jeddah, jemaah diwajibkan untuk melakukan tawaf wida di Baitullah, jemaah akan dibantu oleh mutawwif kami untuk menyempurnakan tawaf wida ini, jemaah kemudiannya akan bertolak ke Jeddah, tiba di Jeddah jemaah akan dibantu untuk urusan daftar masuk, bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha. Jemaah tiba di Kuala Lumpur pada masa yang ditetapkan, kami di V Reka Travel mendoakan jemaah memperolehi umrah mabrurar, dan pulang ke tanah air dengan lebih bertaqwa dan tawadduq, Insyallah.

  

Tarikh Berlepas :  8 Jun 2010 dan ( 07 Mei Pelepasan Istimewa Bersama Ust. Ahmad Shukri )

JADUAL PENERBANGAN

08 JUN                  KUALA LUMPUR / DOHA              0955/1245                           QR621
08 JUN                  DOHA/JEDDAH                                 1330/1610                           QR766
18 JUN                  JEDDAH/DOHA                                 1745/2000                           QR767
19 JUN                  DOHA/KUALA LUMPUR                0200/1440                           QR624
 

Hotel di Medinah : Novotel Masher Centre -+80 METER

Hotel di Makkah : Muhajirin Hotel -+180 METER

* harga tertakluk pada pasaran semasa

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi dengan Qatar Airlines
  • Insuran perjalanan peribadi
  • Penginapan di hotel diatas atau setaraf dengannya
  • Pengangkutan dan air mineral dalam bas
  • Makan minum (masakan ala melayu disediakan tukang masak patani)
  • Lawatan dan 3 kali umrah (Bir Ali + Jaronah + Hudaibiah)
  • Khidmat Mutawwif
  • Visa Umrah
  • Air zam zam 10 liter seorang
  • Beg Beroda, beg selempang, buku panduan umrah, name tag
  • Wakil dari V Reka Travel

 

Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan peribadi
  • Umrah ulangan selain dari diatas
  • Barangan lebih had

Senarai Pakej